2011 I.E Cyber Convention was officially launched by Y.B. Senator Dato' IR Donald Lim. LIVE DVD of I.E Cyber Convention available for sale. 

MLM Asean 500 Inc


10 makanan rangsang seks

Makanan afrodisiak adalah makanan yang dipercayai boleh merangsang keinginan seks dan meningkatkan prestasi seks......


10
makanan rangsang
seks

 

Makanan afrodisiak adalah makanan yang dipercayai boleh merangsang keinginan seks dan meningkatkan prestasi seks. Untuk mempercayai bahawa makanan itu boleh memberi kesan kepada seks seseorang adalah terlalu subjektif. Namun kebanyakan orang percaya makanan afrodisiak boleh me-naikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan seks berdasarkan ben-tuk makanan itu yang memberi tafsiran subjektif. Bagaimana pula dari segi kandungan zat, vitamin dan mineralnya? Di sini ada beberapa makanan afrodisiak yang dipercayai di seluruh dunia.

 

Asparagus

 

Ramai yang kata asparagus men-jadi makanan afrodisiak adalah kerana bentuknya. Namun kebenarannya aspara­gus kaya dengan vitamin E, yang mana vitamin itu dikatakan boleh merangsang hormon seks, meguatkan tenaga batin dan berstamina.

 

Selain itu asparagus mengandungi asid asparatic (sejenis asid amino) yang penting untuk menutralkan ammonia yang masuk ke badan. Ammonia adalah antara bahan yang dikenal pasti menye-babkan keletihan dan dingin seks. Maksudnya, dengan makan asparagus boleh memulihkan prestasi seks.

 

Buah pala

 

Di negara China, buah pala digu-nakan sebagai makanan afrodisiak oleh kaum wanita sejak dahulu lagi. Malah bukan itu saja, buah pala juga digunakan untuk menambahkan kesuburan bagi kaum wanita. Kalau hendak cuba boleh-lah taburkan sedikit serbuk buah pala pada sup ekor ataupun apa saja sup, memang ia boleh menghangatkan malam anda. Namun buah pala yang terlalu banyak boleh menyebabkan mabuk, marah, pening, sakit kepala, khayal dan keracunan.

 

Pisang

 

Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak adalah kerana bentuknya. Tapi kalau dikaji dari segi pemakanan pula, pisang kaya dengan potassium dan vitamin B. Kedua-dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks.

Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh mening­katkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan maka­nan lain, pisang membekal-kan paling banyak potassium. Jadi janganlah lupa makan pisang bila-bila masa saja untuk menambahkan tenaga.

 

Lobak merah

 

Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah manakala perempuan adalah pada jus kunyit. Sejak zaman Greek purba lagi lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lagipun lobak merah juga kaya dengan beta karotena, soduim, potasium, iron dan vitamin A, C dan B.

 

Avokado

 

Avokado adalah sumber 13 mineral penting termasuk iron, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Amalkan memakan minyak avokado setiap hari untuk melicinkan kulit, awet muda dan menghilang kedut. Manakala kandungan potasium yang tinggi dapat membantu melancarkan perjalanan fungsi kelenjar tiroid, elemen penting untuk menaikkan ghairah wanita.

 

Yang paling penting sekali avokado adalah buah yang membekalkan vitamin B paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folate, pyrodoxine (B6) dan pantothenic (B5). Vitamin B6 yang terdapat di dalam avokado boleh mening-katkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

 

Coklat

 

Semua orang tahu tentang coklat yang menjadi pilihan sewaktu valentine untuk menyatakan rasa kasih sayang. Sebenarnya coklat adalah anatara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenyl-ethylamine yang juga dikenali oleh sesetangan penyelidik sebagai love chemical', la memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.

 

Penyelidik percaya coklat menga­ndungi bahan kimia yang memberi kesan neumtransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandun-gan methy/xanth/'nes bertindak mening-katkan deria sensitif tubuh pada sentu-han walaupun sekadar sentuhan yang lembut. Bila sudah tahu semua kekuatan coklat jangan tunggu lagi, makanlah coklat sebelum tidur tap) kalau di Barat ada coklat yang diberi nama after eight khusus untuk tujuan afrodisiak.

 

Tiram

 

Ada juga yang percaya makanan laut seperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram mentah mempunyai kandungan zat besi yang tinggj iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkat pengeluaran hormon testosteron dan menambah jum-lah sperma lelaki. Tiram bukan saja ber-guna untuk lelaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosteron juga diper-caya boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual. Apa tunggu lagi makanlah tiram mentah yang kaya dengan khasiat afrodisiak.

 

Bawang putih

 

Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kuat. Kalau lupa berus gigi selepas makan bawang putih boleh jadi terbantut 'selera' pasangan. Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehe-batannya sebagai makanan afrodisiak.

 

Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Tapi hanya satu yang harus diingat, jangan makan bawang putih sendirian, kononnya hendak tunjuk hebat pada pasangan... bahaya! Silap gaya pasangan akan lari, tidak tahan bau bawang putih. Sebab itulah kalau hendak makan bawa­ng putih, ajak pasangan anda makan sekali, barulah sama-sama berbau.

 

Sebenarnya bawang putih me­ngandungi allicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

 

Daun dan batang saderi

 

Saderi atau daun sup mengandungi beberapa beberapa zat penting seperti vitamin A, Bl, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi. Daunnya mengand­ungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen.yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.

 

Biasanya saderi dimakan sebagai ulam ataupun seba­gai bahan campuran di dalam sup. Saderi juga termasuk sebagai makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan seba-tian androstron di dalamnya. la adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melaiui peluh lelaki. Androstron dipercayai boleh membuat wanita terangsang pada seks.

 

Badam

 

Badam dikatakan sebagai simbul kesuburan bagi wanita. Pun begitu badam juga amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran-hormon lelaki dan boleh menambah pe­ngeluaran sperma.

 

Ada juga yang percaya bahawa aroma badam boleh merangsang keingi­nan seksual wanita. Sewaktu zaman dahulu, minyak badam dibakar untuk membangkitkan keghairahan wanita. Tapi sekarang boleh digantikan dengan lilin yang beraroma badam. Selamat mencuba, tapi jangan mengharap sangat kehangatan datang tiba-tiba.

 

Punca: i-Sihat October 2008

 

 

Trainer Profiles/讲师简介
Numbers of registered Power Coach: 12